PETALING JAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh menjadi titik penyatuan politik Melayu-Islam antara UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas, namun perkara tersebut bergantung kepada pendirian tokoh-tokoh politik dalam parti masing-masing. Bersatu dan Pas dilihat semakin kerap melaungkan soal perpaduan Melayu-Islam, namun UMNO masih bermain tarik tali untuk bekerjasama. Sikap UMNO itu tentunya ada kaitan dengan anggapan mereka yang mahu terus menjadi ‘abang besar’ dan mengetuai agenda tersebut.…