Seluruh Lubnan bergelap, krisis bahan bakar terus meruncing - Utusan Malaysia

Seluruh Lubnan bergelap, krisis bahan bakar terus meruncing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Kawasan di seluruh Lubnan bergelap selepas bekalan elektrik terputus berikutan dua stesen jana kuasa utama negara ini kehabisan bahan bakar.

Lapor Sky News, stesen jana kuasa al Zahrani dan Deir Ammar berhenti beroperasi selepas bekalan diesel terputus, menyebabkan pengeluaran tenaga menurun ke bawah 200 megawatt.

Reuters yang memetik sumber berkaitan melaporkan, keadaan itu akan berterusan sekurang-kurangnya selama beberapa hari.

Lubnan sebelum ini berdepan dengan krisis kekurangan bahan bakar, menyaksikan banyak premis perniagaan terpaksa ditutup dan rakyat perlu bergantung kepada pasaran gelap untuk mendapatkan bahan tersebut.

Selain itu, masyarakat juga terpaksa beratur panjang setiap kali ingin mendapatkan bekalan bahan bakar sehingga ada di antaranya mencetuskan keganasan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menganggarkan kira-kira 78 peratus rakyat negara ini hidup dalam kemiskinan dengan kadar pengangguran terus meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN