Rentas negeri beberapa hari lagi - Utusan Malaysia

Rentas negeri beberapa hari lagi

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pergerakan merentas negeri akan dibenarkan oleh kerajaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sekiranya aktiviti rentas negeri dibenarkan, ini penting kepada semua agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

 

Katanya, beliau menyarankan ujian saringan Covid-19 secara kendiri iaitu menggunakan air liur dilakukan secara berkala sekiranya rakyat mahu pulang ke kampung.

 

“Sekatan rentas negeri akan dibenarkan dalam beberapa hari lagi, penting untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga seperti memakai topeng, mencuci tangan dan menjaga jarak fizikal walaupun sudah divaksin.

 

“Bagi menjaga keselamatan keluarga dan orang yang tersayang, ujian pantas (RTK) antigen secara kendiri menggunakan air liur perlu dilakukan dengan berkala,” katanya dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

 

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyarankan orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan, menjalani ujian kit ujian kendiri Covid-19 RTK air liur bagi memastikan mereka selamat daripada virus itu sebelum bertemu ibu bapa.

 

Sebelum ini juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kesihatan.

 

Menurut laman CovidNow, sebanyak 20,786,568 atau 88.8 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 94.6 peratus sekurang-kurangnya satu dos. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN