MELAKA: Kem bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron ditawarkan ruang perbincangan dengan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) seandainya empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan gagal mendapat tempat atas tiket Pakatan Harapan (PH). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, tawaran itu juga terbuka kepada ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang kini sudah disahkan Majlis Presiden PH tidak akan diangkat sebagai calon Pilihan Raya…