PETALING JAYA: Dua kanak-kanak yang sedang menikmati hidangan di Hentian Rehat dan Rawat ( RnR) Lekas gembira selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob datang dan beramah mesra dengan mereka.
Menerusi satu video dalam laman Facebooknya, Ismail Sabri yang singgah di RnR tersebut secara spontan menyantuni kanak-kanak yang ditemani bapanya.
“Ternampak dua anak kecil ini sedang makan nasi lemak bersama bapa mereka di RnR Lekas. Teruja melihat telatah mereka yang comel dan petah berkata-kata,” katanya.
Kanak-kanak turut bergambar bersama Ismail Sabri sejurus selepas itu -UTUSAN ONLINE










