Pesakit Covid-19 semakin kurang di hospital swasta - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 semakin kurang di hospital swasta

DR. KULJIT SINGH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Operator hospital swasta di seluruh negara ketika ini mula kembali merawat ramai pesakit bukan Covid-19 dalam jumlah besar yang sebelum itu terpaksa ditangguhkan.

 Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr. Kuljit Singh berkata, langkah itu susulan pengurangan ketara pesakit kes wabak tersebut sejak lebih dua minggu lalu sama ada di unit rawatan rapi (ICU) atau wad normal.

Perkembangan positif itu ujarnya dapat disaksikan jelas di kawasan Greater Lembah Klang, malah, mereka kurang menerima pesakit dirujuk daripada hospital Kementerian Kesihatan.

“Setakat ini, seramai 3,500 pesakit bukan Covid-19 sudah dipindahkan dari pelbagai hospital awam di kawasan berkenaan selain 203 lagi di Pulau Pinang menerusi proses sumber luar.

“Jumlah tersebut antara terbesar pernah dihantar kepada hospital swasta yang terlibat bagi membantu meringankan beban hospital kerajaan ketika kemuncak Covid-19 dua bulan lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kuljit berkata, kejayaan serupa dapat disaksikan di Johor selain Sarawak membabitkan penyumberluaran di Sibu dan Kuching untuk pesakit Covid-19 yang berkemampuan bayar sendiri.

APHM jelasnya, turut berharap operator hospital swasta tidak lama lagi dapat membantu program vaksinasi remaja dan dos penggalak untuk golongan yang berkelayakan menerima meliputi kumpulan warga emas dan petugas barisan hadapan sejajar pembukaan semula ekonomi apabila negara ini memasuki fasa endemik.

“Kami turut berharap agar pelancong kesihatan dari negara jiran dapat dibenarkan datang ke Malaysia dalam masa terdekat khususnya yang sudah lengkap dos imunisasi,” saran beliau.

Kuljit malah optimis pendapatan negara dijangka melonjak apabila pintu sempadan dibuka kerana ramai pelancong kesihatan dapat menerima rawatan di pelbagai hospital swasta sekali gus akal menjana semula ekonomi negara apabila warga asing yang berkemampuan berbelanja di negara ini.

Apatah lagi, mutu rawatan hospital swasta di Malaysia setanding dengan negara maju tetapi kos masih lagi murah serta menjadi pilihan utama rakyat Indonesia, Thailand dan Filipina. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya