Perdana Menteri sembahyang Jumaat tanpa escort tarik perhatian  - Utusan Malaysia

Perdana Menteri sembahyang Jumaat tanpa escort tarik perhatian 

TANGKAP layar video pengguna Tiktok yang berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat di barisan belakang tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengguna akaun Tiktok, @rahimazhari, berkongsi rakaman video memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat Jumaat di barisan belakang tanpa ditemani pegawai pengiring atau pegawai-pegawai kerajaan. 

Dalam keadaan biasa bagi golongan kenamaan atau individu yang memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan, mereka pastinya ditemani sebilangan ramai pengiring atau escort dalam sesuatu program termasuk memasuki kawasan ibadah sehingga ke barisan paling hadapan berdekatan mimbar. 

Bagaimanapun, berbeza pula dengan apa yang dikongsikan Rahim apabila Ismail Sabri yang berbaju Melayu lengkap warna biru muda dan bersongkok hitam dilihat tidak pun ditemani sesiapa, malah, beliau duduk di barisan belakang bersama-sama orang awam. 

Memberitahu bahawa Ismail Sabri menunaikan solat di Masjid Putra, Putrajaya hari ini, Rahim pada awalnya tidak menyedari jika individu itu ialah ketua kerajaan sehinggalah Ismail Sabri membentangkan sejadah untuk menunaikan solat sunat dan solat Jumaat. 

“Nak tanya semua, kenal tak siapa dekat dalam gambar ini? Tadi saya solat Jumaat di Masjid Putrajaya, saya nampak susuk tubuh ini masya-Allah, dia masuk masjid. Mula-mula saya tidak perasan siapa dia tapi bila dia sudah bentang sejadah solat sunat di situ sebelum solat Jumaat, dalam hati saya Ya Allah, ini dia (Ismail Sabri). 

“Lama saya tengok, betul dia, baru saya terfikir, mashaallah dia seorang pemimpin tertinggi dekat negara kita ini. Masuk masjid dalam keadaan ramai orang, tiada esscort apa-apa, tak ada apa-apa keistimewaan dibawa oleh bodyguard, bawa ke saf depankah tak ada, dia lambat lambat, duduk di belakang sama macam orang biasa rakyat biasa macam kita. 

“Ini adalah contoh yang patut kita ikut. Satu kualiti kepemimpinan yang kita rakyat Malaysia betul-betul ikut, (beliau) merendah diri dan tidak pernah merasa diri hebat dengan menggunakan keistimewaan dan kuasa untuk membawa bodyguard, escort untuk bawa ke saf hadapan,” katanya meneruis video tersebut. 

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera daripada UMNO dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos lalu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hilang kepercayaan wakil rakyat.  

Beliau sempat menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kurang dua bulan setelah dilantik Muhyiddin menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara  menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi. 

Untuk rekod, pada 12 September lalu, tular klip video menunjukkan sekumpulan orang berkumpul di hadapan pintu pagar Masjid Putra yang ditutup dipercayai tidak dapat masuk ke masjid untuk menunaikan solat kerana kuota telah penuh.

Kumpulan berkenaan masih menunggu di masjid berkenaan dan kelihatan seorang lelaki keluar dari sebuah kenderaan mewah dan dibenarkan masuk ke masjid berkenaan diiringi dua lelaki dipercayai pengawal keselamatannya.

Video itu tular dalam media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka sebagai layanan berbeza terhadap jemaah dan sesama penganut agama. 

Pun begitu, Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim menjelaskan, pihaknya memperuntukkan kuota khusus untuk golongan kenamaan termasuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas sebanyak 10 peratus atau 30 daripada 300 tempat untuk mereka setiap kali solat Jumaat. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya