Penduduk Melbourne bakal 'bebas' selepas berkurung selama 262 hari - Utusan Malaysia

Penduduk Melbourne bakal ‘bebas’ selepas berkurung selama 262 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Bandar raya ini dijangka melonggarkan perintah berkurung di rumah bermula minggu ini.

Lima juta penduduk Melbourne sebelum ini menjalani perintah duduk di rumah selama 262 hari atau bersamaan hampir sembilan bulan sejak Mac 2020.

Media Australia menyifatkan perintah berkurung itu sebagai paling lama di dunia, iaitu melepasi 234 hari perintah berkurung di Buenos Aires.

Selain itu, kadar vaksinasi penduduk di bandar ini juga dijangka mencecah 70 peratus pada minggu ini, sekali gus menyaksikan beberapa peraturan mula dilonggarkan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Menteri Negeri Victoria, Daniel Andrews.

Namun, kelonggaran yang diberikan tidak menyaksikan orang ramai boleh ‘melupakan Covid-19’ apabila peraturan masih perlu dipatuhi, antaranya menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

Lebih banyak premis perniagaan dijangka dibuka selepas kadar vaksinasi mencecah 80 peratus menjelang 5 November ini.

Semalam, Victoria merekodkan 1,838 kes jangkitan Covid-19 baharu dengan tujuh kematian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya