PETALING JAYA: Pemeriksaan akan dipertingkatkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh lokasi tumpuan awam termasuk kawasan Rehat dan Rawat (RnR). Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali berkata, sebaik sahaja sekatan jalan raya (SJR) ditutup, kekuatan pasukan pematuhan SOP akan ditambah selaras dengan penugasan berikutan perjalanan merentas negeri dibenarkan bermula semalam. Menurut beliau, pemeriksaan secara rawak…