Pahang beralih Fasa 4, Johor Fasa 3 - Utusan Malaysia

Pahang beralih Fasa 4, Johor Fasa 3

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas Labuan dan Negeri Sembilan, Pahang menjadi negeri ketiga beralih kepada fasa terakhir, Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

 

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19  yang turut memutuskan negeri Johor beralih daripada Fasa 2 ke Fasa 3.

 

Menurut beliau, peralihan fasa itu dibuat mengikut garis panduan ditetapkan PPN dan setelah mengambil kira penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara  (MKN). 

 

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa 3  dan 4 adalah sama dengan sebelum ini. Keterangan SOP terkini akan dikemas kini MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my.,” katanya di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata,  beberapa lagi kelonggaran baharu dibenarkan berkuat kuasa Sabtu ini seperti waktu beroperasi pasar borong di Fasa 2 dan Fasa 3 dibenarkan  mengikut syarat lesen dan permit pihak berkuasa tempatan (PBT)  seperti mana ditetapkan dengan syarat pekerja divaksin lengkap dan mematuhi SOP sedia ada.

 

Selain itu, katanya, pelaksanaan Upacara Mengikat Thaali di rumah ibadat kuil bagi agama  Hindu dan Pernikahan Kudus (Holy Matrimony) bagi agama Kristian dibenarkan dalam tempoh PPN. 

 

Katanya, Kementerian Perpaduan akan  memaklumkan kepada Persatuan Agama Hindu dan Persatuan Agama  Kristian berhubung SOP yang perlu dipatuhi.

 

“Pengoperasian aktiviti lelongan awam bagi barangan sandaran di bawah sektor pajak gadai yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan  dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibenarkan berdasarkan syarat-syarat seperti pekerja dan pembida lengkap vaksin. 

 

“Hanya melibatkan 54 pelelong yang dikenal pasti di seluruh negara, terhad kepada 30 minit per sesi pada 1 dan 7 haribulan setiap bulan selain kapasiti pekerja adalah berdasarkan Fasa iaitu Fasa 2 (60 peratus kapasiti pekerja dan 50 peratus pembida); Fasa 3 : 80 peratus kapasiti pekerja dan 80 peratus pembida dan Fasa 4 (100 peratus kapasiti pekerja dan pembida),” katanya. 

 

Hishammuddin berkata, sektor tembakau dan rantaiannya dibenarkan untuk beroperasi di Fasa  2 PPN dan seterusnya.

 

Pada masa sama, beliau berkata, dalam usaha negara (pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial), perkara paling penting adalah memastikan semua tidak cepat berasa selesa dan bersikap sambil lewa. 

 

Katanya, di sebalik semua kelonggaran yang diumumkan, hakikat yang harus dihadapi adalah semua terpaksa hidup bersama virus Covid-19.

 

“Oleh demikian, selain terus mengamalkan SOP, penting untuk kita semua  meningkatkan penilaian kendiri, bukan sahaja demi melindungi diri sendiri  tetapi juga masyarakat sekeliling daripada virus Covid-19.

 

“Antara langkah penting dalam membuat penilaian kendiri ialah Test – Segera lakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri  sekiranya alami simptom-simptom jangkitan; Report – laporkan keputusan saringan secepat mungkin di aplikasi  My Sejahtera dan Isolate – lakukan kuarantin atau pengasingan kendiri dengan segera  dan penuh disiplin sekiranya didapati positif dan jangan langgar perintah pengawasan di rumah (HSO) yang ditetapkan KKM,” katanya.

 

Seterusnya kata beliau, mengambil langkah Inform – segera maklumkan kepada pihak berwajib sekiranya situasi  kesihatan diri semakin merosot semasa menjalani kuarantin kendiri di  rumah. 

 

Katanya, mengambil langkah seek – dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan  berhampiran sekiranya alami gejala berat. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya