fbpx

8 Disember 2021, 3:19 pm

  TERKINI

Namakan anak ‘ABCDEF GHIJK Zuzu’

Nama ABCDEF GHIJK Zuzu mula tular selepas dia menerima vaksin Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUARA ENIM: Seorang pelajar sekolah menengah di Muara Enim, Sumatera Selatan memiliki nama yang unik.

Pelajar lelaki itu dinamakan ‘ABCDEF GHIJK Zuzu’ oleh ibu bapanya.

Pelajar tersebut anak kepada pasangan Zulfahmi, 41 , dan isterinya, Zuhro Liani, 36 tahun.

Nama pelajar itu menjadi tular dalam media sosial selepas mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Balai Polis Muara Enim, baru-baru ini.

Dalam pada itu, bapanya mengesahkan nama unik itu adalah nama anaknya.

Katanya, biarpun nama anaknya dalam abjad, dia dan isteri sering memanggil anak mereka sebagai Adebz atau Adef.

“Benar, pelajar lelaki dengan nama ABCDEF GHIJK Zuzu itu adalah anak saya.

“Saya sudah lama merancang untuk menamakan anak dengan huruf sejak sebelum kahwin lagi,” katanya kepada Kompas.com.

Zulfahmi turut memberitahu, dia berdepan kesukaran untuk mendaftarkan nama anaknya kerana banyak pihak beranggapan dia bergurau.

“Tidak, saya tidak bergurau dan memang saya ingin namakan anak saya dengan abjad.

“Saya perlu melakukan pelbagai urusan dokumentasi termasuk surat doktor mengenai kelahiran anak saya untuk mendaftar sijil kelahiran Adef kerana mereka ingat saya bergurau,” ujarnya.

Sementara itu, Zulfahmi menyatakan, ketika Adef di sekolah rendah, anaknya dipanggil dengan pelbagai nama.

Jelasnya, ada yang panggil anaknya ABCD dan pelbagai nama.

“Saya tidak kisah apa mereka panggil anak saya, saya bangga dengan nama itu dan sudah tentu saya berharap Adef akan jadi anak yang berjaya,” tegasnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI