MUI putuskan vaksin Covid-19 Zifivax halal - Utusan Malaysia

MUI putuskan vaksin Covid-19 Zifivax halal

VAKSIN Covid-19 keluaran China, Zifivax mempunyai tahap keberkesanan sehingga 81.7 peratus. - CFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menegaskan vaksin Covid-19, Zifivax yang merupakan keluaran syarikat farmaseutikal China, Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutikal Co. Ltd. adalah halal.

Lapor CNN Indonesia, perkara itu termaktub dalam fatwa MUI Nombor 53 Tahun 2021 mengenai vaksin Covid-19 keluaran syarikat berkenaan.

“Vaksin Covid-19 keluaran Anhui Zhifei Longcom Biopharmaceutical hukumnya adalah suci dan halal.

“Vaksin itu boleh digunakan dengan syarat keselamatannya dijamin berdasarkan lembaga yang disahkan,” menurut fatwa tersebut.

Penetapan itu dibuat selepas MUI mempertimbangkan pelbagai perkara dengan satu daripadanya untuk mengurangkan kadar jangkitan koronavirus.

Selain itu, MUI juga menerima permohonan sijil halal untuk vaksin tersebut, sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat beragama Islam untuk menggunakannya.

Dalam pada itu, MUI menggesa kerajaan Indonesia supaya memberi keutamaan kepada penggunaan vaksin Covid-19 yang halal dalam kadar maksimum.

Terdahulu, badan Pengawasan Ubatan dan Makanan (BPOM) meluluskan penggunaan kecemasan untuk vaksin Zifivax.

Ketua BPOM, Penny Lukito memberitahu, vaksin tersebut berkesan sehingga 81.7 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN