Kes kematian dilaporkan bawah 200 - Utusan Malaysia

Kes kematian dilaporkan bawah 200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam mencatatkan kematian sebenar akibat Covid-19 (purata tujuh hari) iaitu 89 kes berbanding kelmarin yang dilaporkan, 88 kes sebelum ia berubah kepada 109 kes. 

 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 9 pagi, hari ini yang berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my.

 

Bagi jumlah kes kematian yang dilaporkan, berlaku penurunan sebanyak 192 kes berbanding kelmarin, 208 kes menjadikan jumlah kematian keseluruhan kes terkini sebanyak 26,335 kes. 

 

Sebanyak 47 daripada 192 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,279 kes. 

 

Sebanyak 924 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 510 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 8,913 orang. 

 

Jika dibahagikan mengikut negeri, Sarawak kembali mencatatkan kematian dilaporkan 40 kes manakala kematian sebenar harian (purata tujuh hari), 10 kes diikuti Johor (34/17), Perak (23/6), Pulau Pinang (21/13), Sabah (20/11), Selangor (18/9), Kedah (9/6), Terengganu (8/4), Kuala Lumpur (7/2), Melaka (4/3), Perlis (4/1), Negeri Sembilan (2/1), Kelantan (1/4), Pahang (1/3).

 

Bagaimanapun, Labuan dan Putrajaya tidak mencatatkan sebarang kematian bagi dua kategori itu.

 

Utusan Online semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 12,735 kes berbanding semalam, 12,434 kes sekali gus diatasi 17,725 kes sembuh.

 

“Kluster tempat kerja mencatatkan jumlah terbanyak iaitu sembilan kluster Covid-19 daripada 15 kluster, hari ini, dengan bakinya, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya