Kerajaan negeri Melaka bakal tumbang? - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri Melaka bakal tumbang?

SULAIMAN MD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Utusan Malaysia turut difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Jika ini benar, bermakna kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali bakal kehilangan tampuk pemerintahan.

Pada masa ini, kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

Jika empat ADUN tersebut melompat, ia bermakna PH akan mempunyai majoriti 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memerintah.

Utusan Malaysia turut difahamkan, terdapat usaha sejak pagi tadi untuk menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam, oleh wakil ADUN yang ingin melompat.

Khabar angin turut bertiup kencang mendakwa, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dalam usaha untuk menghadap Mohd. Ali.

Perkara ini menjadi bualan dalam kalangan pemimpin UMNO Melaka ketika ini.

Malah, ada pula mengatakan, hanya seorang sahaja yang menandatangani SD tersebut.

Salah seorang bekas tokoh politik yang enggan nama disiarkan ketika ditemui mengesahkan mengenai perkara tersebut, tetapi enggan mengulas lanjut.

Ketika ini polis dikatakan sedang membuat pemantauan di pejabat Yang Dipertua Negeri. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.