Kerajaan digesa lebih agresif, campur tangan, campur tangan

Kerajaan digesa lebih agresif, campur tangan elak harga bahan binaan terus melambung

SEBUAH rumah di Pasir Puteh, Kelantan yang pernah terbengkalai tahun lalu akibat kenaikan kos bahan binaan selain bekalan terhad. – FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan digesa memainkan peranan lebih ag­resif termasuk campur tangan dalam penentuan harga bahan binaan bagi mengelak terus me­lambung tinggi ketika sektor itu baru beroperasi semula.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kelantan, Datuk Samsuri Awang Mat berkata, langkah kerajaan untuk memantaunya tidak memadai kerana keseluruhan industri kini terkesan akibat kenaikan harga itu.

SAMSURI AWANG MAT

Di Kelantan, katanya, pemaju perumahan kini bukan sahaja dibebani harga bahan asas yang 50 peratus lebih tinggi, malah, berdepan kekurangan bekalan selain tidak dapat bekerja secara optimum akibat kekangan tenaga pekerja.

“Secara asasnya, kenaikan harga bahan binaan seperti besi berpunca daripada lonjakan harga pasaran global.

“Harga besi rebar dan alumi­nium pada 1 Mac 2020 masing-masing RM2,150 satu tan dan RM7,150 satu tan, kini telah me-lonjak kepada RM3,750 satu tan dan RM12,100 satu tan.

“Untuk bahan binaan bekalan tempatan seperti pasir, batu kuari dan simen pula, harganya didapati meningkat antara 10 hingga 30 peratus mengikut lokasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika menjawab soalan di Parlimen minggu lalu dilaporkan mengakui harga bahan binaan kini melambung dan memberi jaminan perkara itu akan sentiasa dipantau supaya harganya terkawal.

Mengulas lanjut, Samsuri ber­kata, kenaikan harga binaan tempatan berpunca dari stok bekalan yang terhad berikutan kebanyakan pembekal di negeri ini masih tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh.

“Saya percaya jika kerajaan gagal menyekat kenaikan harga bahan ini, pada masa akan da­tang harga rumah akan mengalami melambung tinggi dan sudah tentu ini akan membebankan bakal pembeli rumah.

“Pembinaan rumah mampu milik juga akan menjadi lebih sulit, ditambah pula dengan situa­si bakal pembeli semakin sukar mendapatkan kelulusan pembia­yaan dari institusi kewangan,” katanya.

Samsuri menambah, satu lagi masalah baharu yang membebankan pemaju adalah tidak dapat beroperasi dengan kapasiti 100 peratus tenaga kerja kerana syarat ditetapkan iaitu perlu lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Pemaju juga terpaksa mem­belanjakan kos tambahan untuk ujian RTK Antigen ke atas pekerja yang perlu dilaksanakan setiap dua minggu.

“Kita juga terpaksa menim­bangkan kos menyediakan pe­nginapan pekerja yang diluluskan di tapak bina kerana masih belum ada kemudahan me­nem­patkan pekerja di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ) yang diluluskan di negeri ini,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN