PETALING JAYA: Penganalisis politik menjangkakan kadar peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan lebih tinggi daripada sasaran 70 peratus meskipun kempen diadakan secara maya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Geostrategis, Azmi Hassan berkata, perkara ini terbukti semasa Pilihan Raya Umum Singapura tahun lalu yang mengehadkan kempen secara bersemuka bagi mengelakkan risiko penularan kes Covid-19. Namun, katanya, walaupun kempen dilakukan secara maya, kadar peratusan keluar mengundi di republik itu…