Isu kartel projek binaan belenggu kontraktor - Utusan Malaysia

Isu kartel projek binaan belenggu kontraktor

Tukiman Radion
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik pembukaan semula sektor ekonomi, golongan kontraktor masih dirundung dengan masalah kartel projek pembinaan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf Malaysia), Tukiman Radion berkata, kebanyakan projek dimonopoli oleh sesetengah pihak sehingga sukar untuk kontraktor mendapatkan projek-projek lain.

“Projek sekarang ini tak banyak sebab ada pertambahan bilangan kontraktor, itu sebab projek jadi tak cukup. Malahan, ada yang mengumpul lesen pembinaan menggunakan nama anak-beranaknya, ibu-bapanya, mereka hanya taja lesen itu dan ini menjadi satu kartel, memonopoli projek-projek sedia ada,” katanya.

Pada masa sama, beliau menganggap kaedah pemberian lesen kepada kontraktor ketika ini terlalu mudah hingga menjadi tidak terkawal.

“Pihak berwajib perlu buat saringan kepada kontraktor-kontraktor baharu sama ada mereka benar-benar mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerana pemberian lesen ketika ini sangat mudah, hanya permohonan melalui online.

“Dulu, kami dijemput untuk interview selepas menjalani kursus selama sebulan dengan membawa sijil-sijil berkenaan. Jika puas hati, baru lesen diberikan. Sekarang ini, pakai online sahaja dengan hanya sertakan sijil dan penyata bank sudah boleh dapat lesen.

“Ada yang pakai ejen, bayar sekitar RM3,000 untuk sediakan sijil dan penyata bank sudah boleh dapat lesen kontraktor. Perkara ini sudah jadi tidak terkawal. Kami sudah suarakan kepada Kementerian Kewangan, tetapi masih belum ada respon,” katanya.

Tambahnya, prosedur yang mudah untuk mendapatkan lesen itu menyebabkan jumlah kontraktor Kelas F mencecah 43,000 orang setakat Julai 2021.

“Sepatutnya, pengambilan kontraktor baharu perlu ditutup buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun kerajaan memberi jaminan akan memantau dan memastikan harga bahan binaan terkawal, harga dilihat masih lagi tinggi.
“Harga bahan binaan terutamanya yang berasaskan besi masih tinggi, kerajaan perlu pantau harga supaya ia tidak terus melambung tinggi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya