Isu harga barang diteliti SCOL 2021  - Utusan Malaysia

Isu harga barang diteliti SCOL 2021 

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Input dan pandangan daripada Symposium On Cost Of Living 2021 (SCOL 2021) akan diangkat ke Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dan seterusnya ke peringkat Jemaah Menteri untuk diteliti dan dilaksanakan.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain mencari penyelesaian jangka panjang yang sesuai berkaitan isu harga barangan, usaha menangani kos sara hidup ini juga sewajarnya merentasi pelbagai spektrum dan perspektif.

 

Katanya, dua perspektif baharu yang perlu dicapai melalui simposium ini iaitu pemain korporat harus mengutamakan penglibatan atau peranan lebih bertanggungjawab dalam mengawal dan mengurus industri masing-masing. 

 

“Besar harapan saya supaya pengurusan industri yang lebih sihat akan menghasilkan keseimbangan di antara keperluan untuk memperoleh keuntungan dengan tanggungjawab sama ada dalam konteks sebagai pengguna mahupun pekerja. 

 

“Rakyat atau lebih spesifik lagi penerima sedaya upaya mengubah mentaliti daripada penerima kepada pemberi. Pendidikan perlu diterapkan supaya rakyat memahami keperluan untuk hanya menerima bantuan dan pada tempoh yang diperlukan sahaja,” katanya ketika merasmikan SCOL 2021 secara maya, hari ini.

 

Alexander berkata, sekiranya kedua-dua ini dapat ditambah dalam penentuan kaedah atau polisi berkaitan kos sara hidup, maka, saya percaya kesannya akan lebih efektif. 

 

Tambahnya lagi, sudah pasti apa jua jurang di antara kedua-dua ini akan diisi tindakan-tindakan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuklah bantuan secara terus kepada kumpulan sasar.

 

“Kerajaan melalui pelbagai jabatan dan agensi telah melaksanakan pelbagai program bantuan, insentif serta pakej rangsangan dalam usaha membantu rakyat untuk meringankan beban kos sara hidup yang semakin mencabar pada hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN