Industri pelancongan rugi RM165 bilion tahun ini  - Utusan Malaysia

Industri pelancongan rugi RM165 bilion tahun ini 

NANCY SHUKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggangarkan kerugian dalam industri pelancongan di negara ini terus meningkat kepada RM165 bilion tahun ini daripada anggaran kerugian sebanyak RM135 bilion pada tahun 2020 berikutan pandemik Covid-19.

 

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, Tourism Malaysia perlu meningkatkan promosi berhubung keunikan Malaysia di persada dunia seiring dengan tumpuan terhadap cadangan pembukaan gelembung pelancongan antarabangsa.

 

“Bagi mencapai sasaran kemasukan 16 juta pelancong antarabangsa dan pendapatan sekurang-kurangnya RM45 bilion pada tahun 2025, kita perlu bersama berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan.

 

“Kerjasama tersebut diperlukan demi memulihkan kembali industri ini seiring dengan tagline MOTAC, Coming Back Stronger,” katanya ketika mengadakan pertemuan secara maya bersama 43 Pengarah Tourism Malaysia dari pelbagai negara.

 

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk  Dr. Noor Zari Hamat. 

 

Dalam pada itu, Nancy Shukri berkata, perkara berkaitan peraturan kesihatan dan amalan terbaik yang dilaksanakan oleh negara luar dapat membantu MOTAC merangka mekanisme bersesuaian berhubung urusan kemasukan, faktor kesihatan, keselamatan, imigresen serta sistem penjejakan data.

 

Menurutnya, perkara tersebut akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan

Negara (MKN) untuk dipertimbangkan sebelum keputusan membuka semula sempadan negara dibuat.

 

“Data yang kita perolehi daripada semua Pengarah Tourism Malaysia luar negara dijadikan panduan untuk kita mengenal pasti tahap kesediaan negara untuk menyasarkan pembukaan sektor pelancongan antarabangsa.

 

“Hal ini dapat membantu kita untuk merangka kempen promosi dan pemasaran bai membolehkan pelancong luar negara menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan apabila sempadan negara dibuka nanti,” jelasnya.

 

Sementara itu, Nancy Shukri berkata, kejayaan Gelembung Pelancongan Langkawi dijadikan sebagai penanda aras untuk membolehkan destinasi pelancongan yang lain menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan kaedah pengurusan yang baik setelah negara mencapai kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa sebanyak 90 peratus.

 

Pelaksanaan aktiviti pemantauan SOP oleh pihak berkuasa MOTAC memastikan

Keluarga Malaysia dapat melancong ke Langkawi dengan selamat dan secara tidak langsung boleh membantu dalam menjana semula pendapatan negara melalui aktiviti pelancongan domestik.

 

“Kejayaan itu selaras dengan sasaran mencapai kehadiran seramai 400,000 pelancong ke Langkawi sehingga Disember 2021.

 

“MOTAC menyeru kepada orang ramai agar sentiasa mematuhi segala SOP ditetapkan oleh pihak kerajaan agar kita bersama dapat memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya