ASIN: UMNO Bahagian Jasin tetap dengan pendirian mahu meletakkan calon bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, meskipun terdapat ura-ura MCA enggan melepaskan kerusi berkenaan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bahagiannya, Datuk Hasan Rahman berkata, pendirian itu perlu dipertahankannya selaras dengan usul yang dibawa dan disokong akar umbi pada mesyuarat perwakilan pada 3 Januari lalu. Beliau berkata, nama calon untuk DUN itu juga telah diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO…