Digelar 'pembunuh puntianak', lelaki akui minum darah mangsa sebelum membunuh - Utusan Malaysia

Digelar ‘pembunuh puntianak’, lelaki akui minum darah mangsa sebelum membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Penduduk di sebuah perkampungan berjaya menahan seorang suspek pembunuh kanak-kanak yang lolos daripada tahanan polis.

Masten Milimo Wanjala digelar ‘pembunuh puntianak’ selepas mengakui dia akan minum darah kesemua mangsa yang dibunuhnya.

Lelaki itu ditahan pada 14 Julai lalu selepas dua kanak-kanak hilang dan hasil soal siasat, dia mengakui sudah membunuh sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dalam tempoh lima tahun.

Wanjala turut memberitahu, dia akan menghisap darah mangsa menerusi urat yang dipotong sebelum membunuh mereka.

Selain itu, Wanjala juga mencekik mangsa mangsa hingga mati.

Kesemua mangsanya berusia antara 12 dan 13 tahun.

Menurut polis, lelaki itu dijangka hadir ke mahkamah semalam bagi menjalani perbicaraan berhubung kes pembunuhan tersebut sebelum menyedari dia hilang dari tahanan.

Namun, Wanjala diberkas penduduk kampung di kampung halamannya, iaitu kira-kira 400 kilometer dari balai polis yang menahannya selepas sekumpulan kanak-kanak mengenalinya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya