MELAKA: DAP tetap meletakkan calonnya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu memandangkan kawasan tersebut dimenangi atas tiket parti itu sebelum ini. Itu penegasan Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong ketika mengulas kenyataan bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mendakwa akan menggunakan tiket PKR bagi mempertahankan kerusi disandangnya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Poay Tiong yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka berkata, Pakatan Harapan…