ARAU: Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Arau merangkap Timbalan Ketua Badan Perhubungan negeri, Ameir Hassan yang meletakkan semua jawatan serta keluar parti menyifatkan parti tersebut sebagai sudah hilang roh serta tersasar daripada matlamat asal perjuangannya. Ameir yang merupakan pengasas Bersatu Perlis sejak September 2016 ketika dihubungi Utusan Malaysia menegaskan, parti tersebut juga sudah hilang identiti. “Saya cukup kesal kerana Bersatu sudah hilang arah khususnya sejak ‘Langkah Sheraton’ sebelum…










