Belanjawan MBSA 2022 defisit, turun 3.5 peratus - Utusan Malaysia

Belanjawan MBSA 2022 defisit, turun 3.5 peratus

ZAMANI Ahmad Mansor (tengah) memegang buku Bajet MBSA 2022 selepas pembentangannya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Belanjawan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi tahun hadapan dianggarkan menurun sebanyak 3.5 peratus atau RM18.55 juta berbanding 2021 berikutan terdapat pengurangan dalam perbelanjaan pengurusan dan pembangunan.

 

Bagaimanapun, belanjawan berkenaan masih lagi defisit hampir RM21 juta berbanding bajet yang dibentangkan sebanyak RM508.3 juta, namun, akan ditampung dengan rizab pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

 

Bajet yang dibentangkan mengandungi anggaran hasil sebanyak RM 487,343,180, manakala perbelanjaan bagi tahun 2022 adalah RM394,185,310 bagi belanja mengurus dan RM114,154,810 bagi belanja pembangunan.

 

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, beliau optimis berlaku peningkatan 2.5 peratus atau kira-kira RM8 juta dalam kutipan cukai taksiran pada tahun hadapan.

 

“Perbelanjaan mengurus dianggarkan sebanyak 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan. Anggaran perbelanjaan mengurus ini berkurang sebanyak RM1.96 juta atau 

0.5 peratus berbanding tahun 2021.

 

“Peruntukan terbesar di dalam belanja mengurus ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan yang diberikan peruntukan sebanyak RM313.44 juta atau 79.5 peratus daripada jumlah belanja mengurus meliputi perkhidmatan dan bekalan dengan peruntukan sebanyak RM180.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Sementara itu, bagi pembangunan pula, sebanyak RM114.1 juta bagi tahun 2022 iaitu menurun sebanyak 12.7 peratus atau RM16.6 juta berbanding tahun ini yang mana 53 peratus daripadanya akan digunakan untuk projek pembangunan seperti membina dan menaiktaraf bangunan, infrastruktur dan lain-lain.

 

Lagi 46.9 peratus pula adalah bagi perkhidmatan dan bekalan dan 0.1 peratus bagi Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap.

 

“Anggaran hasil 2022 dijangka akan berkurang sebanyak RM11,477,740 atau 2.3 peratus iaitu daripada RM498,820,920 pada tahun 2021 kepada RM487,343,180 bagi tahun 2022.

 

“Hasil cukai iaitu kutipan cukai taksiran dijangka meningkat dan menyumbang sebanyak  RM331.18 juta atau 68 peratus daripada jumlah keseluruhan hasil,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN