Agenda bumiputera bantu tingkatkan taraf ekonomi, kehidupan - Utusan Malaysia

 Agenda bumiputera bantu tingkatkan taraf ekonomi, kehidupan

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Memperkasakan agenda bumiputera dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) memberi kelebihan dalam membantu golongan tersebut mendapat pembelaan sewajarnya sekali gus meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka.

 

Pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, memperkasakan Agenda Bumiputera secara nasional dan harus dengan kelebihan diberi kepada golongan tersebut apabila mereka memerlukan bantuan.

 

Bagaimanapun, katanya yang juga Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura UUM (UUM-ITS), prosedur bantuan tersebut tidak terlalu ketat selain memperkasakan perlaksanaannya.

 

Katanya, antara lain, memberi fokus terhadap kumpulan yang kurang berdaya saing dan membantu mereka memajukan diri.

 

“Kalau usahawan muda yang baru memulakan perniagaan berikan modal permulaan dan latihan secukupnya serta permudahkannya seterusnya bersaing dalam pasaran terbuka.

 

“Sebagai contoh sekiranya usahawan tersebut mempunyai masalah kewangan defisit atau disenarai hitam dan sebagainya, berikan mereka peluang untuk memulakan kembali dan jangan perketatkannya.

 

“Hal demikian boleh mengundang usahawan tersebut mengambil jalan mudah seperti meminjam kepada peminjam tidak berlesen seterusnya mengakibatkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Kerajaan memperuntukkan RM400 bilion dalam RMK12 dengan memberikan lebih tumpuan kepada enam negeri selain mempertingkatkan ekuiti korporat dalam memperkasakan agenda bumiputera.

 

Selain itu, RMK12 juga menekan aspek Memperkasa Agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia, Melonjakkan Pembangu- nan Sabah, Sarawak dan Negeri- Negeri Kurang Membangun, Mempercepat Pertumbuhan Hijau dan Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam serta Memastikan Pelak sanaan Dasar Berkesan.

 

Tambah Kamarul Azman, selain itu, institusi pinjaman yang berwajib perlu sering turun padang sama ada melalui van bergerak atau sebagainya bagi membantu usahawan terlibat

 

Sementara itu, Kamarul Azman berkata, RMK12 yang dilancarkan baru-baru ini banyak membantu dalam merapatkan jurang golongan miskin khususnya kawasan luar bandar melalui industri kecil dan sederhana.

 

Katanya, selain peruntukan untuk usahawan baharu, para penoreh getah dan petani juga perlu mendapat manfaat sama. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN