PUTRAJAYA: Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kes kematian yang dilaporkan, 78 kes berbanding kelmarin, 132 kes.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 10 pagi, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my sekali gus menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 27,191 kes.
Sebanyak 23 daripada 78 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,473 kes.
Sebanyak 792 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 385 pesakit memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala pesakit yang perlu ditempatkan di wad adalah seramai 1,692 orang.
Utusan semalam melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 9,751 kes berbanding semalam, 9,890 kes sekali gus terus diatasi 12,724 kes sembuh.
“Selain itu, sebanyak 792 kes ICU dan 386 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
“Tempat kerja terus merekodkan pertambahan kluster yang tertinggi iaitu enam daripada 10 kluster Covid-19, dengan dua komuniti manakala kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster,” katanya. -UTUSAN