6,762 tindakan tegas diambil JAS - Utusan Malaysia

6,762 tindakan tegas diambil JAS

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 6,762 tindakan tegas diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam operasi penguatkuasaan ke atas premis yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dalam tempoh 1 Januari sehingga 21 September lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara tindakan tegas ialah kompaun, membuka kertas siasatan dan penggantungan lesen hasil daripada 15,344 (purata 1,700 sebulan) operasi penguatkuasaan yang dijalankan.  

Menurutnya, sepanjang tempoh itu, 202 kertas siasatan dibuka dan 4,529 kompaun dikeluarkan.

“Dalam pada itu sebanyak 1,267 notis arahan turut diberi kepada pemilik premis selain 12 gantung lesen.

“Dua perintah larangan dan 750 penahanan operasi kelengkapan juga dikenakan ke atas premis yang didapati melakukan kesalahan sepanjang operasi penguatkuasaan dilaksanakan dalam tempoh tersebut,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN