Vaksin Covid-19 akan diberi kepada banduan - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 akan diberi kepada banduan

ISMAIL MOHAMED SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vaksin Covid-19 akan diberikan kepada semua banduan dalam penjara di seluruh negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamed Said berkata, ia bertujuan bagi mengelakkan penularan virus tersebut sambil menegaskan vaksin tersebut akan turut diberi kepada kakitangan penjara dimana ia akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kita yakin Kementerian Dalam Negeri sentiasa memastikan semua anggota dan banduan dalam penjara menerima suntikan vaksin dan kita buat berkala supaya tindakan dapat dilakukan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta kerajaan menjelaskan sama ada banduan dalam negara ini diberikan vaksin Covid-19.

Malah, Rayer turut mencadangkan agar vaksin yang berkualiti diberikan kepada mereka. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN