Ujian memandu tertangguh selesai akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Ujian memandu tertangguh selesai akhir tahun ini

AEDY Fadly Ramli beramah mesra dengan seorang calon ketika melawat Institut Memandu Bitara di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu, hari ini. -UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan kesemua ujian yang tertangguh membabitkan 462,124 calon di 232 institut memandu di seluruh negara akan selesai menjelang akhir tahun ini.

 

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasinya, Aedy Fadly Ramli berkata, sasaran  itu mampu dicapai dengan pertambahan sehingga 20 peratus penguji berbanding jumlah sedia ada yang hanya seramai 530 orang pada masa ini.

 

Di samping itu, katanya, bilangan kuota harian calon juga akan ditambah mengikut kesesuaian dan kapasiti institut memandu selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 

“Kita minta institut memandu mengutamakan calon yang tidak dapat meneruskan latihan atau ujian disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam sidang akhbar ketika melawat Institut Memandu Bitara di Kampung Padang Midin di sini hari ini.

 

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, sebanyak 1,332 kesalahan jalan raya dikesan sepanjang lapan bulan pertama tahun ini dengan yang tertinggi iaitu 547 kes membabitkan tidak memakai topi keledar diikuti melanggar lampu isyarat merah (476 kes).

 

“Berdasarkan statistik di seluruh negara, kesalahan melanggar lampu merah paling banyak dikesan pada 2019 iaitu hampir 20,000 kes, namun menurun kepada 12,000 pada tahun lalu susulan PKP.

 

“Ia merupakan kesalahan serius kerana membahayakan pengguna jalan raya dan Op Merah akan diteruskan di negeri lain dalam masa terdekat,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.