Anwar sebagai Perdana Menteri bukti PKR mampu kekal relevan

Anwar sebagai Perdana Menteri bukti PKR mampu kekal relevan

LOH KER CHEAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tempoh hampir empat tahun sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan PKR akan kekal sebagai parti politik utama sepanjang zaman.

Naib Ketua Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, walaupun selepas era Anwar, parti itu akan kekal relevan kerana rekod lampaunya yang baik.

“Saya tolak tanggapan yang mengatakan PKR akan hilang selepas era Anwar, terutama sekali selepas Anwar membawa PKR untuk menjadi PM ke-10.

“PKR pernah menjadi pembangkang yang berkesan dan kuat, hari ini pula menjadi kerajaan yang kuat dengan Anwar, ketua PKR sebagai Perdana Menteri dan saya yakin PKR akan kekal sebagai institusi politik untuk tempoh yang lama,” jelasnya hari ini.

LOH KER CHEAN

Loh mengulas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengatakan PKR akan terkubur selepas era Anwar.

Mengulas lanjut, Loh berkata, PKR telah melahirkan banyak tokoh dan pemimpin sejak menjadi pembangkang dan proses melahirkan pimpinan baharu dipergiatkan selepas menjadi kerajaan.

“Biarlah ada 1,000 pengkhianatan sekali pun, PKR mampu untuk kekal relevan kerana perjuangan parti ini memikul visi dan harapan semua bangsa,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN