Tiga minggu bagi selesaikan isu buruh asing dalam sektor perladangan - Utusan Malaysia

Tiga minggu bagi selesaikan isu buruh asing dalam sektor perladangan

MUSTAPA Mohamed (dua kiri) menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada pemandu e-hailing secara pandu lalu pada Majlis Program Pemberian Bakul Makanan kepada Pekerja Gig Ekonomi dan bekas petugas media di Putrajaya Sentral. -UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Isu kekurangan buruh asing bagi sektor perladangan akan diselesaikan dalam tempoh tiga minggu ini bagi mengelak industri kelapa sawit negara berdepan masalah lebih besar.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, isu berkenaan sudah dibangkitkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu.

 

Beliau berkata, perkara itu juga sudah mendapat perhatian serius daripada kementerian berkaitan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

 

“Bagi tempoh jangka pendek ini, usaha akan dilakukan bagi mendapatkan buruh asing yang sedia ada dalam negara.

 

“Kerajaan pada April lalu sudah meluluskan kaedah pengambilan buruh asing bagi mengisi kekurangan itu menerusi buruh asing secara terus dari luar negara dan buruh asing sedia ada di dalam negara.

 

“Bagaimana, penyertaan buruh asing sedia ada di dalam negara tidak mendapat sambutan menggalakkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Program Pemberian Bakul Makanan kepada pekerja gig-ekonomi dan bekas petugas media sumbangan MyCar, di sini hari ini.

 

Katanya, kerajaan juga merancang untuk mempermudahkan syarat dan kaedah pengambilan buruh asing bagi menyelesaikan isu berkenaan.

 

Mustapa berkata, beliau difahamkan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Bhd (FGV) bakal berdepan kerugian RM3.2 bilion setahun jika isu buruh asing ini tidak diselesaikan.

 

Menurutnya, ketika ini, Felda memerlukan kira-kira 5,000 buruh asing manakala, FGV pula memerlukan seramai 10,000 buruh asing.

 

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memanggil dua syarikat besar ini esok bagi membincangkan isu kekurangan buruh asing ini,” katanya.

 

Katanya, beliau berharap isu ini akan dapat diselesaikan segera kerana ia sudah lama berlarutan.

 

Bagi tempoh jangka panjang pula, Mustapa berkata, kerajaan akan berusaha menarik minat warga tempatan bagi menyertai sektor perladangan.

 

“Syarikat-syarikat juga boleh menawarkan gaji yang menarik dan pelbagai faedah bagi menarik minat anak muda untuk bekerja dalam sektor perladangan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya