fbpx

25 Oktober 2021, 6:46 am

  TERKINI

Terengganu benar aktiviti keagamaan di masjid, surau

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di negeri ini kembali dibenarkan hari ini susulan peralihan Terengganu ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, pelaksanaan aktiviti itu bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.

 

Katanya, semua masjid dan surau turut dikehendaki mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat bagi memohon agar wabak Covid-19 diangkat.

 

“Di samping itu, semua masjid perlu melaksanakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat.

 

“Sehubungan itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat tidak alpa walaupun kita sudah berada di Fasa 3 PPN,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Dalam perkembangan sama, Osman berkata,  aktiviti ziarah kubur di samping majlis akad nikah di masjid, surau dan premis persendirian kini dibenarkan berdasarkan garis panduan yang akan dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

 

Katanya, sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka turut dibenarkan di semua institusi pondok, madrasah dan pusat tahfiz yang berdaftar dengan JHEAT mengikut SOP kesihatan dan keselamatan ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI