Syarikat asing tarik pelaburan bukan berpunca persekitaran Malaysia - Utusan Malaysia

Syarikat asing tarik pelaburan bukan berpunca persekitaran Malaysia

MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan syarikat-syarikat asing yang menarik keluar pelaburan dari negara ini bukan berpunca daripada persekitaran Malaysia yang tidak kondusif.

Sebaliknya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, faktor yang mendorong mereka melakukan perkara itu adakan berikutan rasionalisasi perniagaan sesebuah syarikat.

Berikutan itu, jelas Azmin, Malaysia sebenarnya masih lagi kekal kompetitif dan berdaya saing dalam menarik pelaburan-pelaburan ke dalam negara.

“Cuma yang harus kita ingat tindakan syarikat-syarikat ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada faktor rasionalisasi perniagaan syarikat dan bukannya berpunca daripada persekitaran pelaburan negara yang tidak kondusif.

“Pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan syarikat-syarikat untuk memilih destinasi antaranya kos buruh yang rendah dan saiz pasaran domestik,” katanya bagi menjawab soalan tambahan (DAP-Fong Kui Lun) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Kui Lun meminta kerajaan menjelaskan adakah pelabur asing yang telah menarik pelaburan dari Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 akan kembali ke negara untuk melabur seperti sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin turut berkata, kedudukan Malaysia meningkat dua anak tangga jika dibandingkan pada tahun 2020, sekali gus ia merupakan suatu perkembangan positif dimana keyakinan pelabur-pelabur asing masih bersama dengan Malaysia.

Berikutan itu, jelas Azmin lagi, kerajaan akan terus mempergiat usaha untuk menarik para pelabur untuk masuk ke negara. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN