SOP lebih ketat bagi warga UPM ke kampus 15 Oktober ini - Utusan Malaysia

SOP lebih ketat bagi warga UPM ke kampus 15 Oktober ini

DR MOHD. ROSLAN SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melaksanakan tindakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat bagi memastikan keselamatan warga kampus kembali ke Pusat Tanggunggjawab (PTJ) masing-masing dan kemasukan semula pelajar ke kampus bagi sesi 2021/2022 bermula 15 Oktober ini, ekoran pandemik Covid-19 sekarang.

Naib Canselor UPM, Profesor Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata, menyahut pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini, UPM juga akan melaksanakan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berfasa sepertimana yang diluluskan dan mengambil kira semua pematuhan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata UPM telah menubuhkan Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dan memantau rapi tahap pematuhan SOP dan keadaan keselamatan kampus untuk membantu memutuskan rantaian penularan Covid-19.

“Pematuhan SOP adalah salah satu tindakan pemantauan yang dilakukan sejak dari awal pandemik COVID-19 lagi. Namun, pematuhan SOP yang lebih ketat akan dilaksanakan semasa warga kampus mula kembali ke PTJ masing-masing.

“Mekanisme penguat kuasaan akan melibatkan ERT UPM. Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan keselamatan dan pematuhan SOP COVID-19,” katanya.

Beliau berkata, hanya lima golongan pelajar yang berkeperluan termasuk yang menjalani latihan klinikal, latihan mengajar, latihan industri yang memerlukan penginapan dalam kampus, serta pelajar yang perlu menjalankan penyelidikan di makmal sahaja yang dibenarkan kembali ke kampus bermula 15 hingga 17 Oktober yang membabitkan kemasukan kira-kira 4,000 pelajar yang akan kembali ke kampus atau 25 peratus pelajar termasuk golongan B40 dan pelajar yang berkeperluan internet bagi fasa pertama.

Mohd Roslan berkata entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) kini giat menggerakkan persediaan bagi menerima kemasukan pelajar ke kampus antaranya penyelarasan data pelajar yang dibenarkan kembali ke kampus selepas melengkapkan dua dos vaksin, pergerakan pelajar dan persediaan kolej kediaman.

Menurutnya, sehingga kini 88.5 peratus staf (Akademik dan Bukan Akademik) telah menerima vaksin. Proses vaksinasi staf dan pelajar giat dijalankan di Hospital Pengajar (HPUPM) yang turut memanjangkan perkhidmatan itu kepada orang awam.

Mohd Roslan juga berkata, pencapaian pelajar secara keseluruhannya tidak terjejas dengan pelaksanaan kaedah penyampaian secara dalam talian sepanjang pandemik Covid-19 ini

Beliau juga berkata oleh kerana pelajar kembali ke kampus secara berperingkat, maka sesi pembelajaran juga akan dilaksanakan mengikut fasa:

Fasa 1: Kemasukan bagi kumpulan pelajar yang berkeperluan (latihan klinikal, latihan mengajar, latihan industri yang memerlukan penginapan dalam kampus, pelajar yang perlu menjalankan penyelidikan di makmal, pelajar B40 dan yang memerlukan kemudahan internet serta persekitaran yang kondusif) bermula 15 hingga 17 Oktober 2021;

Fasa 2: Kemasukan bagi kumpulan pelajar yang perlu menjalani PdP di makmal (kuliah akan dijalankan secara dalam talian – PdP secara hibrid) bermula 3 hingga 7 November 2021

Fasa 3: Kemasukan sepenuhnya pelajar ke kampus (kecuali yang belum lengkap dua dos vaksin). PdP akan dilaksanakan secara bersemuka dan hibrid tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.bermula 10 hingga 12 Disember 2021.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya