‘Selamat Bertugas Sapiah' - Utusan Malaysia

‘Selamat Bertugas Sapiah’

ISMAIL Sabri menyerahkan surat pelantikan kepada Sapiah Mohd. Nor dalam satu majlis ringkas hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Sapiah Mohd. Nor atas pelantikannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bermula esok.

 

Perdana Menteri berkata, pelantikan Sapiah telah diperkenan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

 

Katanya lagi, pelantikan itu mencipta sejarah negara apabila Sapiah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan itu.

 

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

 

Kata Perdana Menteri, Sapiah, 56, adalah Orang Asli keturunan Suku Semai turut mencatat sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

 

Terdahulu, Ismail Sabri menyerahkan surat pelantikan kepada Sapiah. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN