Sasar 80 peratus remaja lengkap dos akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Sasar 80 peratus remaja lengkap dos akhir tahun ini

HAZIQ Zafri Hiruddin, 17 tahun (kiri), Nadiah Hassan (tengah) dan Izzah Nadhirah Kamil Zairi (kanan) bergambar kenangan selepas menerima suntikan vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di SMK Presint 8 (1) Putrajaya di sini, baru-baru ini.-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan 80 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun lengkap menerima dua dos vaksin menjelang hujung Disember ini.

 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus remaja di seluruh negara juga dijangka mendapat satu dos sekitar November kelak.

 

“Sehingga 21 September, seramai 410,489 remaja telah terima dos pertama,” katanya dalam sidang akhbar khas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di sini hari ini.

 

Pelancaran peringkat kebangsaan bermula pada Isnin lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8 (1) yang bertindak sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah yang sementara.

 

PICK-Remaja telah dimulakan awal di Sarawak, Labuan, Sabah, Kelantan, Johor dan Kedah. 

 

Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

 

Setakat semalam, Sabah merekodkan bilangan penerima tertinggi iaitu 140,890 remaja diikuti Sarawak (85,291), Kedah (31,294), Kelantan (17,413), Johor (27,936) dan Labuan (2,515). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN