RM12,000 milik ahli perniagaan lesap ditipu pelaburan Forex - Utusan Malaysia

RM12,000 milik ahli perniagaan lesap ditipu pelaburan Forex

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara melabur dengan sebuah syarikat berpangklaan di United Kingdom, seorang ahli perniagaan mengalami kerugian kira-kira RM12,000.

Mangsa berusia 30 tahun itu dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang asing (Forex) pada Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kes tersebut telah mendapat arahan NFA (tiada tindakan lanjut) setelah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor.

Kata beliau, siasatan telah pun dijalankan dan kes telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor namun keputusan adalah NFA atas sebab tiada pembuktian mencukupi dan keterangan yang bercanggah.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa telah masuk pelaburan terbabit selepas ditawarkan oleh rakannya dengan mengatakan pelaburan tersebut dikawal oleh sebuah syarikat dikenali Veonco yang terletak di United Kingdom dengan menjanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus setiap bulan.

“Mangsa kemudiannya telah memasukkan wang kira-kira RM12,800 ke dalam akaun syarikat tersebut dan mendapat pulangan sebanyak RM10,000.

“Susulan itu, mangsa juga dikatakan mengajak saudara-mara dan rakan-rakannya untuk turut serta dalam pelaburan tersebut dengan membuat bayaran ke lima akaun berlainan serta secara tunai kepada syarikat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun Mohamad Farouk menjelaskan, pihaknya hanya menerima satu laporan polis daripada pengadu manakala tiada laporan mangsa lain.

“Hanya satu laporan polis yang diterima dari pihak lelaki berkenaan dan bagi mangsa-mangsa lain tiada laporan yang diterima.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya