PKR NS masih mahu Anwar bertanding di Port Dickson - Utusan Malaysia

PKR NS masih mahu Anwar bertanding di Port Dickson

AMINUDDIN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Di sebalik terdapat pelawaan untuk Presiden PKR bertanding di kerusi Parlimen di Perak, PKR Negeri Sembilan tetap mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal di Parlimen Port Dickson.

 

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tawaran dan pelawaan adalah perkara biasa, namun, pihaknya mengalu-alukan untuk Anwar kekal di bertanding di Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

 

“Tawaran itu biasalah, tapi saya rasa masa masih jauh lagi, serahkan kepada tuan badan untuk menentukan mana beliau mahu bertanding.

 

“PKR Negeri Sembilan masih mengalu-alukan Anwar untuk bertanding di Port Dickson. Tawaran daripada Ketua MPN negeri (Perak) itu biasalah, tiada masalah,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ziarah seorang kanak-kanak 21 bulan yang cedera digigit seekor kera di Taman Dusun Nyior, Ampangan di sini hari ini.

 

Baru-baru ini, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, pihaknya menawarkan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen di negeri itu pada PRU-15 akan datang. 

 

Jelasnya, tawaran itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Perak baru-baru ini, sebagai langkah untuk mengukuhkan parti itu menawan negeri tersebut.

 

Menurutnya, kehadiran nama besar seperti Anwar memudahkan PKR untuk menawan Perak.

 

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Aminuddin menyambut baik cadangan kerajaan Persekutuan untuk membina Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek, Nilai di sini tahun depan.

 

“Perkara itu sudah dibincangkan lama, mereka telah sudah ada tapak dan kami mengalu-alukan supaya ia segera dibina institut tersebut. Kami bersyukur ia berada di Negeri Sembilan tentunya ia akan memberi kelebihan banyak kepada negeri ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN