PjH raih Anugerah Emas RoSPA 2021 bagi anugerah Kesihatan dan Keselamatan - Utusan Malaysia

PjH raih Anugerah Emas RoSPA 2021 bagi anugerah Kesihatan dan Keselamatan

PjH memenangi Anugerah Emas RoSPA 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH) meraih anugerah emas dalam Majlis Anugerah Kesihatan dan Keselamatan 2021 Royal Society for the Prevention of Accencies (RoSPA) sebagai pengiktirafan komitmen berterusan pemaju utama Wilayah Persekutuan Putrajaya itu meningkatkan standard kesihatan dan keselamatan pekerjaan.

Ia merupakan Anugerah RoSPA kedua dimenangi PjH setelah merangkul anugerah perak tahun lalu kerana berjaya mengurangkan jumlah kes kehilangan masa kecederaan dan kejadian berbahaya di tempat kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif, PjH, Datuk Hashimah Hashim berkata, pengiktirafan itu  bukti komitmen pihaknya menegakkan kecemerlangan dan sebagai motivasi untuk memastikan pembudayaan berterusan dalam aspek  Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE).

“Kami sangat bangga memenangi Anugerah Emas dalam tempoh setahun pandemik Covid-19 yang memberi cabaran dalam persekitaran kerja. Penghargaan ini mengiktiraf standard dan dedikasi tinggi PjH menjaga keselamatan pekerja dan pelanggan kami dalam keadaan luar biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hashimah pada masa sama mengucapkan tahniah kepada dua lagi syarikat, KLCC Urusharta Sdn. Bhd. dan KLCC Parking Management Sdn. Bhd. yang turut memenangi  Anugerah Emas dan Perak di Anugerah RoSPA tahun ini.

Organisasi yang menerima anugerah berprestij RoSPA diakui sebagai pemimpin dunia dalam amalan dan budaya kesihatan dan keselamatan, sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan yang maju, kawalan risiko luar biasa, dan tahap kesalahan, bahaya, dan kerugian yang sangat rendah.

Kemenangan terbaru ini menyaksikan PjH menambah senarai anugerah yang pernah dimenangi termasuk Anugerah Kecemerlangan ASEAN – Occupational Safety and Health Network (OSHNET) 2021, MalaysiaGBC Leadership in Sustainability Awards 2020 untuk Bangunan Komersial Hijau Baharu Terbaik bagi bangunan, Suasana PjH dan Anugerah Hibiscus Perdana Menteri 2019/2020 untuk pencapaian penting dalam prestasi alam sekitar.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN