Perkeso bayar pampasan RM11.2 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19  - Utusan Malaysia

Perkeso bayar pampasan RM11.2 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19 

AWANG Hashim meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Daerah Pendang di Jenun, Pendang hari ini. - UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pampasan sebanyak RM11.2 juta kepada pekerja dijangkiti Covid-19 di tempat kerja di seluruh negara yang membabitkan kira-kira 15,036 kes sehingga 18 September lalu.

 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, Perkeso telah membayar sejumlah RM10.2 juta membabitkan 13,170 bagi kes pekerja tempatan manakala pekerja asing pula seramai 1,866 yang terbabit dengan Covid-19 dibayar sebanyak RM1 juta.

 

“Bagi faedah pengurusan jenazah yang melibatkan kes kematian disebabkan Covid-19 pula, pihak Perkeso telah membayar sebanyak RM3.5 juta bagi 1,792 kes yang membabitkan pekerja tempatan.

 

“Kes kematian yang melibatkan pekerja asing pula, Perkeso membuat bayaran sejumlah RM3,500 untuk pengurusan jenazah yang membabitkan dua kes,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Program Outreach Imunisasi Covid-19 Daerah Pendang di Jenun di sini hari ini.

 

Awang berkata, program outreach ini merupakan usaha pihaknya untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk di daerah ini yang masih merekodkan peratusan rendah.

 

“Selepas diumumkan Menteri Kesihatan bahawa kadar vaksinasi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak mendapat suntikan vaksin di daerah ini masih rendah iaitu pada kadar 51.16 peratus bersamaan 38,115 orang sehingga semalam.

 

“Jadi atas kesedaran itu, Kementerian Sumber Manusia akan membantu mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan penduduk dengan mengambil pendekatan turun kelapangan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.