Pengumuman pengoperasian IPT pukul 3 petang ini - Utusan Malaysia

Pengumuman pengoperasian IPT pukul 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad akan membuat pengumuman pengoperasian institusi pengajian tinggi (IPT) pada pukul 3 petang ini.

 

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.

 

“Nantikan pengumuman pengoperasian IPT oleh Menteri Pengajian Tinggi pada hari ini, 14 September 2021 pukul 3.00 petang di Facebook Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi,” kata hantaran media sosial itu hari ini.

 

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi merancang membuka semula IPT untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.

 

Noraini dilaporkan berkata rancangan itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT dan langkah tersebut selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lalu. UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN