Pengasas Pondok Pak Teh Mad meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas Pondok Pak Teh Mad meninggal dunia

Allahyarham Pak Teh Mad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ulama Kedah yang juga pengasas Pondok Ahmadiah Kuala Nerang (Pondok Pak Teh Mad), Ahmad Muhammad Noor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Nerang, Kedah pada pukul 12.57 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh pihak hospital mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan akan dibawa ke tanah perkuburan Masjid Padang Gelanggang, Kuala Nerang untuk urusan pengebumian.

Waktu pengebumian akan dimaklumkan selepas mendapat pengesahan dari pihak hospital.

Menurut cucu Allahyarham menerusi Facebook, Man Abdul, datuknya telah menghembuskan nafas terakhir di sisi doktor yang merawatnya.

“Tokwan saya atau dikenali Tok Ayah Telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.57 pagi ini 15/09/21 bersamaan 08 Safar 1443H di Hospital Kuala Nerang di sisi Dr. Bukhari yang merawat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.