Pembangunan infrastruktur berteraskan model PPP - Utusan Malaysia

Pembangunan infrastruktur berteraskan model PPP

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dana mudah cara khusus untuk projek infrastruktur akan diwujudkan di bawah model Perkongsian Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) 3.0.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pelaksanaan projek-projek di bawah model baharu ini dijangka dapat diumumkan pada pertengahan tahun 2022.

Model pelaksanaan projek tidak akan melibatkan komitmen kewangan Kerajaan dan menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP).

Selain itu, beliau turut mengumumkan Jawatankuasa khas PPP yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, akan ditubuhkan bagi membolehkan perundingan projek PPP dapat diselesaikan dalam tempoh setahun.

Perdana menteri turut mengumumkan komitmen untuk rangkaian rel dan jalan raya bersepadu yang menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian, bandar dan luar bandar akan dipertingkat.

Ini melibatkan antaranya projek-projek utama seperti Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Satu yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan yang dijangka siap pada tahun 2022, pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan dijangka siap pada tahun 2026, Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura akan mula dibina pada hujung tahun 2021 dan Lebuhraya Pantai Barat yang melibatkan negeri Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Selain itu, Projek Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025, Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 dan kerajaan akan mengkaji cadangan penambahan lorong ketiga di projek penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan segmen Yong Peng ke Johor Bahru. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN