[Laporan Parlimen]Warisan sokong MoU kerajaan-PH - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen]Warisan sokong MoU kerajaan-PH

MOHD. AZIS JAMMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun Parti Warisan Negara (Warisan) tidak dilibatkan daripada awal dalam memoraundum persefahaman (MoU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), namun parti itu tetap menyokong transformasi yang dilakukan.

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman berkata, ini kerana pihaknya tidak mempunyai halangan selagi dasar dan transformasi tersebut memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya.

“Sekali lagi ditegaskan, bahawa kami tidak pernah dilibatkan dalam daripada awal tentang perbincangan MoU ini dengan kerajaan dan dan jika ada pun, sekadar jemputan untuk ditaklimatkan. Ini mungkin berlaku disebabkan kami bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan

“Tetapi kita perlu menghormati dan meraikan perbezaan pendapat kerana mungkin rakan-rakan dalam group pembangkang melihat dari segi pandangan yang berbeza. Namun, kami dari pihak Warisan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Kita menyokong transformasi kerajaan dan parlimen, seterusnya patuh kepada saranan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar fokus kepada pemulihan negara wajar diutamakan.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya