[Laporan Parlimen] Sarawak paling tinggi kes pembalakan haram - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen] Sarawak paling tinggi kes pembalakan haram

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sarawak mencatatkan kes pembalakan haram tertinggi iaitu sebanyak 93 kes dan 15 kes kesalahan hutan lain setakat 31 Julai 2020.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia diikuti dengan Sabah yang mencatatkan 37 kes pembalakan haram serta tiga kesalahan hutan lain, manakala 26 kes pembalakan haram dicatatkan di Semenanjung Malaysia dengan 184 kes kesalahan hutan lain.

“Justeru, kita sedang membuat perancangan untuk meminda beberapa undang-undang berkaitan Akta Perhutanan Negara, Ordinan Hutan di Sarawak dan enakmen di Sabah, ini semua untuk meningkatkan aktiviti pemantauan terhadap pencerobohan hutan di negara ini.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti penguat kuasaan hutan adalah perkhidmatan perlu (essential services), oleh sebab itu kawasan berupa berisiko tinggi sentiasa dipantau kerajaan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Takiyuddin juga mengesahkan bahawa kerajaan tidak pernah melanggar Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

“Kita ada rekod jelas, contohnya pada 2019 diluluskan 43, 299 hektar (ha) diluluskan tetapi yang diusaha hasil adalah 10,949 hektar (ha). Bagi 2020, yang diluluskan adalah 39,354 hektar (ha) dengan 22,931 diusaha hasil.

“Ini menunjukkan kerajaan serius dalam memastikan segala keputusan dibuat dipatuhi oleh negeri-negeri. Saya juga bersetuju bahawa kerajan perlu mempunyai keazaman politik (political will), namun ia perlu ditangani dengan tekun, dengan kerjasama semua pihak sama ada pihak kerajaan, pengusaha hasil, kontraktor, syarikat swasta dan sebagainya,” katanya.

 

Ringkasan

Negeri/ Kes             Pembalakan haram (kes)     Kesalahan hutan lain (kes)

 

Sarawak                      93                                         15

Sabah                         37                                           3

Semenanjung            26                                        184

– UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN