[Laporan Parlimen] Kementerian Pengajian Tinggi bercadang tubuh pusat pekerjaan nasional - Utusan Malaysia

[Laporan Parlimen] Kementerian Pengajian Tinggi bercadang tubuh pusat pekerjaan nasional

Cadangan penubuhan Pusat Pekerjaan Nasional penting bagi menangani isu kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang untuk menubuhkan sebuah pusat pekerjaan nasional  pada masa akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, cadangan itu merupakan sebahagian daripada intervensi jangka panjang bagi menangani isu kebolehpasaran graduan selepas menamatkan pengajian.

“Di pihak kementerian juga ada cadangan untuk menubuhkan satu pusat pekerjaan nasional seperti mana yang terdapat di United Kingdom iaitu Jobcentre Plus.

“Selain intervensi itu, kita juga bercadang melaksanakan keputusan dasar lebih baik melalui analisa data yang dibekalkan oleh pangkalan data pasaran graduan dan pasaran tenaga kerja nasional,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi intervensi jangka pendek, Noraini menyenaraikan beberapa perkara bagi meningkatkan lagi tahap kebolehpasaran graduan.

“Antaranya adalah meningkatkan inisiatif dan program semasa untuk membantu graduan mencari pekerjaan dan memperkenalkan skim elaun mencari kerja nasional dengan memberi tumpuan kepada bantuan terhadap graduan dari keluarga kategori B40.

“Kita juga akan meningkatkan promosi melanjutkan pelajaran, memperkasakan program latihan industri, serta memperkukuhkan dasar kerjasama industri dan pendidikan serta meningkatkan gaji permulaan melalui pengenalan indeks upah nasonal supaya dapat meningkatkan produktiviti sistem upah,” katanya.

Pada masa sama, kementerian dengan kerjasama Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga telah menyiapkan satu kajian bertajuk ‘Kesan Covid-19 terhadap kebolehpasaran graduan.’

“Objektif utama kajian itu adalah untuk mengkaji kesan terhadap kebolehpasaran graduan serta mencadangkan tindakan intervensi bagi menangani isu ini.

“Skop kajian termasuklah menjalankan ramalan terhadap kesan pasaran untuk graduan sedia ada dan bakal graduan akibat Covid-19 dengan mewujudkan senario pasca Covid-19,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Mohd Sharif (BN-Jempol) mengenai langkah dan cadangan untuk menambah baik intervensi terhadap kesan Covid-19 terhadap kebolehpasaran graduan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya