Kilang lebur skrap jadi jongkong diserbu JAS Selangor - Utusan Malaysia

Kilang lebur skrap jadi jongkong diserbu JAS Selangor

KILANG melebur aluminium yang diserbu Jabatan Alam Sekitar di Shah Alam, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebuah kilang peleburan besi buruk di Shah Alam, Selangor diserbu sepasukan pegawai penguat kuasa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri tersebut semalam. 

Menurut kenyataan ibu pejabat JAS di sini lewat malam tadi, operasi secara mengejut itu turut menemukan banyak komponen enjin kenderaan terlerai di premis yang terletak di Alam Impian itu.

“Bahan skrap tersebut sedia untuk dileburkan bagi penghasilan jongkong aluminium, namun relau itu didapati tidak dipasang alat kawalan pencemaran udara,” kata agensi berkenaan lagi. 

Malahan siasatan awal mendapati bahawa kilang berkenaan juga tiada sebarang kelulusan daripada pihak JAS negeri itu untuk menjalankan kerja-kerja peleburan bagi tujuan komersial menyebabkan ribuan penduduk di sekitar taman perumahan berhampiran diancam kesan pencemaran bau dan habuk dilepaskan setiap hari.

Justeru, tindakan serta-merta dilaksanakan dengan pihak JAS Selangor menahan operasi kelengkapan proses peleburan bagi menghentikan segera pencemaran berkenaan selaras peruntukan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan memastikan pengilang bertanggungjawab.

“Kertas siasatan turut dibuka bagi pelbagai kesalahan menurut Seksyen 22(1) akta berkenaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan bagi tindakan susulan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

JAS menjelaskan, pihaknya sedia mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada penjenayah alam sekitar dan mengucapkan terima kasih atas maklumat dari orang awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya