Kes indeks tiada kontak rapat cetus kluster punca Kg. Ulu Pareh kena PKPD - Utusan Malaysia

Kes indeks tiada kontak rapat cetus kluster punca Kg. Ulu Pareh kena PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua lagi perkampungan masyarakat Orang Asli di dua daerah berbeza di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok.

Antaranya Kampung Ulu Pareh di Mukim Sabai, Daerah Bentong yang sudah merekodkan 77 kes positif Covid-19 susulan kluster komuniti diumumkan Kementerian Kesihatan semalam.

RODZI MD. SAAD

Siasatan kes indeks itu dikesan daripada seorang penduduk tempatan yang bergejala pada 8 September dan tiada pun sejarah kontak rapat dengan mana-mana individu positif wabak ini.

Hasil saringan mendapati dia sudah menjangkiti 11 ahli keluarga lain sebelum mengakibatkan puluhan penduduk perkampungan etnik Semai itu kemudian dijangkiti pada 13 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, satu lagi lokaliti dikenakan PKPD ialah Kampung Orang Asli Sungai Koi, Mukim Hulu Cheka, Daerah Jerantut.

Perkampungan suku kaum Jah Hut; dengan penduduk hanya 150 orang di tanah berkeluasan 50 hektar itu, berjiran dengan dua kluster komuniti yang sudah menjangkiti hampir 200 orang.

Dalam pada itu, hanya satu lokaliti yang sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi 14 hari sehingga 4 Oktober depan iaitu di Taman Pantai Lok Kawi, Daerah Papar, Sabah, namun empat lagi perkampungan di negeri tersebut berakhir PKPD esok seperti dijadualkan.

Ia melibatkan Kampung Buanog Matunggong, Daerah Kudat; Kampung Tetabuan, Daeran Beluran; Kampung Magatang, Daerah Keningau dan Kampung Kilanas, Daerah Ranau, selain Kampung Nelayan, Mukim Sungai Pinggan, Daerah Pontian, Johor yang sudah dikenakan PKPD sejak 31 Ogos lalu.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya