KUALA TERENGGANU: Baki 1.3 hektar hutan di Kampung Kuala Abang, Dungun, dekat sini yang terbakar masih dalam proses pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Pengarahnya, Nor Mahathir Muhamad berkata, operasi pemadaman masih giat dijalankan bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan berhampiran. Katanya, kebakaran hutan paya gambut di Kampung Baru Kuala Abang yang bermula sejak 23 April lalu kini hampir terkawal. “Kira-kira 96 peratus kebakaran daripada keseluruhan 34…










