Kerajaan akan rapat jurang digital - Utusan Malaysia

Kerajaan akan rapat jurang digital

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) 4IR menjadi salah satu langkah mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi akan ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju.

Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan komited untuk meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital.

Sebelum ini, kerajaan menerajui agenda ini melalui inisiatif pendigitalan sektor awam dan transformasi PMKS.

“Penyediaan infrastruktur digital melibatkan pelaburan sektor awam dan swasta, bernilai 28 bilion ringgit bagi menambah baik rangkaian 4G sedia ada.

“Bagi mempercepat pelaksanaan 5G di seluruh negara, sebanyak 15 bilion ringgit lagi akan dilabur oleh sektor swasta.

Ismail Sabri menjelaskan projek pembangunan Identiti Digital Nasional sedang dilaksanakan bagi mewujudkan platform pengesahan identiti serta perakuan elektronik yang selamat dan dipercayai.

Tambahnya, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA bakal menyediakan 100 peratus liputan 4G di kawasan berpenduduk, liputan 5G yang lebih luas, dan jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis menjelang tahun 2025.

“Kerajaan akan merapatkan jurang digital, terutama antara luar bandar dan bandar disebabkan perbezaan prasarana jalur lebar, melalui penyediaan kemudahan infrastruktur digital. Dalam hubungan ini, Pusat Internet, Pusat Internet Desa dan Pusat Komuniti Desa akan ditransformasi sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik dan bersepadu.

“Penggunaannya juga akan diperluas untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat terlibat dalam e-dagang, latihan kemahiran, pembelajaran dan aktiviti masyarakat,” jelasnya di Dewan Rakyat. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN